Menteri Hadir Ke Kediaman Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli kabinet dilihat hadir di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini malam ini.

Kenderaan yang membawa mereka dilihat memasuki perkarangan kediaman perdana menteri bermula 8 malam tadi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.


Mereka termasuk tiga Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan),  Dr Radzi Jidin (Pendidikan) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Turut kelihatan ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Advertisement

Selain itu, tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Tugas-Tugas Khas), Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang) serta Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  (Hal Ehwal Agama) turut kelihatan hadir.


Petugas media yang menunggu di hadapan kediaman Muhyiddin  bagaimanapun tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan.

Kesemua menteri terbabit juga tidak membuat kenyataan kepada petugas media ketika keluar meninggalkan kediaman itu.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago