Tiada Darurat: “YDP Agong”, “Daulat Tuanku” Jadi Sohor Kini Di Twitter

KUALA LUMPUR – Perkataan “YDP Agong”, “Daulat Tuanku” dan “Sultan” menjadi sohor kini (trending) dalam media sosial Twitter berikutan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mengisytiharkan darurat di negara ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa lega dan memuji kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam membuat keputusan itu hasil perbincangan Seri Paduka dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, petang tadi.


Pemilik akaun Twitter @heyitsmaryamxo berkata titah Yang di-Pertuan Agong itu benar-benar mahukan ahli politik berhenti berpolitik dan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab yang akan menjadikan negara ini tidak stabil.

Pengguna Twitter @iamfikrie dalam ciapannya pula berharap pembentangan Belanjawan 2021 yang mendatangkan faedah buat rakyat dapat diluluskan dengan mudah serta kerajaan mahupun pembangkang perlu sebulat suara dalam mengutamakan rakyat.

Advertisement

Pemilik akaun Twiiter @papahazim menerusi hantarannya memaklumkan beliau mempercayai institusi diraja sememangnya adil dan tidak memihak kepada mana-mana ahli politik dan berkata: “PM (Perdana Menteri) tak boleh guna darurat dan ahli politik jangan halang Belanjawan yang akan dibentangkan. Beri peluang kepada kerajaan sekarang. Rakyat diutamakan.”

Turut senada, pengurus bank, Ashree Azhar, 31, berpendapat pengisytiharan darurat hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara serta memberi imej buruk kepada persepsi pelabur.


“Harapan saya adalah jika mereka benar-benar mahu memilih siapa yang mempunyai hak yang sah untuk memerintah, tolong beri keutamaan kepada COVID-19 dahulu. Dalam keadaan ekonomi sekarang, jika darurat diisytiharkan, ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurugambar bebas Najihatul Aulaa Jalidar, 27, berpandangan titah Seri Paduka adalah teguran ‘lembut’ untuk semua pihak bertenang kerana ini bukan masanya untuk menjaga kepentingan sendiri, tetapi kepentingan rakyat.

Beliau yakin keputusan tersebut adalah yang terbaik serta mengambil kira situasi negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 apabila rakyat memerlukan kepimpinan waras dan bertanggungjawab.

Advertisement

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Ahmad Fadil memaklumkan Seri Paduka bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

24 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago