Najib Cabar Debat, Ini Sebab Dr Mahathir Tolak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara umum.

Menurut Dr Mahathir dalam ciapan terbaharu di Twitternya, tiada sebab untuk beliau berdebat dengan Najib setelah tuduhan yang dihadapinya di mahkamah telah terbukti benar.

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” jelas Dr Mahathir.


Pada 28 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Advertisement

Pada Selasa, Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawab komen di laman Facebook memaklumkan bahawa dia bersedia untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Tiada masalah, ketika saya menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) mahu berdebat dengan saya tetapi saya tidak mahu.


“Ketika dia (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri ketujuh, saya ajak dia berdebat tapi dia tidak mahu. Sekarang saya dan dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi kita boleh berdebat kalau dia mahu. Pada bila-bila masa!” jelas Najib. – Astro Awani

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

4 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago