Pergaduhan Di Pusat Hiburan: Polis Tahan 15 Ahli Geng 18 Batu 14 Puchong Termasuk Ketua Kumpulan Dipanggil “Datuk”

Seramai 15 lelaki dipercayai ahli Geng 18 Batu 14 Puchong termasuk ketua kumpulannya yang bergelar ‘Datuk’ ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan yang tular di media sosial, pada Rabu lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 22 sehingga 49 tahun ditahan selepas pergaduhan dengan empat pengunjung pusat hiburan itu tercetus pada pukul 11.30 malam itu.

Beliau berkata pergaduhan itu bermula apabila kumpulan itu melakukan kekecohan dengan memukul dan memecahkan barang-barang di dalam premis itu kerana penjaga premis tidak membenarkan mereka masuk.

“Kesemua suspek direman lima hari dari 26 hingga 30 Nov dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Nik Ros Azhan berkata polis turut menerima satu laporan daripada pemilik premis mengenai kes peras ugut oleh kumpulan berkenaan yang meminta bayaran wang perlindungan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata polis turut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap kumpulan terbabit.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

17 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago