SPRM Tahan CEO Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 28 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu.


Perintah tahanan reman selama dua hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar di Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 45 itu ditahan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 3.45 petang semalam kerana dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk diluluskan.

Menurut sumber, dokumen berkenaan merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Disember 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

Advertisement


Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago