Warga Bangladesh Cederakan Lelaki Guna Besi Diburu

JOHOR BAHRU, 28 Nov- Polis sedang mengesan seorang suspek yang memukul seorang lelaki dipercayai menggunakan sebatang besi di Jalan Tebrau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek merupakan lelaki warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 30-an manakala mangsa ialah warga tempatan berusia 39 tahun.


Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 11.30 malam.

“Menurut maklumat daripada saksi, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan objek senjata dipercayai sebatang besi hingga mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian kepala, kaki dan badan.

Advertisement

“Punca kejadian masih disiasat dan tindakan mengesan suspek juga sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Padzli berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Terdahulu, beberapa klip video yang menunjukkan suspek sedang memukul mangsa dan pihak polis berada di lokasi kejadian, tular dalam laman sosial Facebook.


Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes agar menghubungi talian hotline IPD JBS di 07-2182323.

Sumber- BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

16 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

17 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago