Orang Yang Desak Buat PRU Pun Tak Pakai Pelitup Muka, Kata Khairy

Bukan hanya akar umbi, sebaliknya seluruh rakyat negara ini menolak desakan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, demikian kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mahukan PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini disifatkan sebagai pendirian yang tidak bertanggungjawab.


Ini kerana, kata Khairy, keadaan semasa penularan COVID-19 masih tidak menyesuaikan untuk diadakan pilihan raya umum.

“Sebagai Menteri Sains, dan melihat kepada data-data jangkitan (COVID-19) dan sebagainya, saya juga tahu bahawa kalau sekiranya kita adakan pilihan raya umum, ini akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada kesihatan awam.

Advertisement

“Jadi sebab itu saya lihat bukan hanya akar umbi UMNO, tetapi rakyat secara keseluruhan tidak ingin diadakan pilihan raya umum.

“Ada segelintir ahli-ahli politik yang masih lagi masih mahu mengadakan pilihan raya umum, saya rasa, itu pendirian yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata tidak wajar untuk membuat perbandingan dengan beberapa negara lain termasuk New Zealand yang telah mengadakan pilihan raya ketika pandemik.

“Hujah mereka adalah pilihan raya diadakan di negara seperti Singapura, New Zealand… saya rasa itu tidak boleh dibuat perbandingan dengan negara tersebut.

“Negara tersebut, skala mereka tidak sama dengan kita, dan kedua, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kita semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah bukti bahawa kita tak dapat mematuhi SOP, terutamanya ahli-ahli politik.

Advertisement


“Sebab itu saya rasa tidak sesuai untuk kita buat perbandingan,” katanya lagi.

Malah, Khairy secara sinis menempelak individu yang selalu mendesak untuk mengadakan pilihan raya umum sendiri juga, katanya tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Yang cakap nak buat pilihan raya umum pun saya selalu tengok di Facebook mereka tak pakai pelitup muka, bersalam dengan orang. Jadi, saya fikir, ya lah.. pemikiran ‘goreng pisang’,” katanya.

Terdahulu, UMNO bertegas mahu PRU15 disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini lebih 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, telah mengadakan pilihan raya umum ketika mereka berdepan penularan COVID-19.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago