Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid-19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat jemaah menteri semalam.

“Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak.

“Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.

Advertisement


“Ini selari tema program berkenaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat”,” menurut Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.

Menurut kedua-duanya, keputusan itu juga diambil melihat kepada rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dan kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat jangkitan kepada kluster-kluster berkenaan.

“Pekerja asing juga telah menjadi sebahagian komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara,” menurut kedua-duanya dalam kenyataan itu.

Mereka berkata keputusan juga dibuat selepas mengambil kira layanan sama turut diberi sebahagian negara luar kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.

“Keputusan ini akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Advertisement

“Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya,” kata kenyataan itu lagi.

Keputusan berkenaan selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik COVID-19, jelasnya.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

12 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago