10 Individu Dikompaun Makan Semeja, Pengurus Restoran Ditahan Kerana Tiada Permit Kerja Yang Sah

Di Shah Alam, Selangor, 10 individu telah dikenakan kompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di sebuah restoran di Seksyen 13, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kesemua individu tersebut berusia di antara 18 hingga 22 tahun.

Kesemua mereka dipercayai makan di satu meja yang sama, sedangkan SOP yang dibenarkan hanya dua orang sahaja.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap restoran berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mendapat maklumat berkaitan pelanggan restoran yang melanggar SOP.

Advertisement

“Hasil pemantauan kita mendapati pelanggan berada di satu meja dengan bilangan 10 orang.’


“Pelanggan berkenaan berkumpul dengan tidak mematuhi SOP PKP 2.0.”

Oleh itu, kompaun telah dikeluarkan ke atas 10 individu terbabit.

Tambah beliau, pengurus restoran tersebut yang merupakan seorang lelaki warganegara Bangladesh, turut ditahan kerana tiada permit kerja yang sah. Manakala, pemilik restoran berkenaan yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula, premis berkenaan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

5 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago