Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Cabar Diri Ambil SPM

Salman Ahmad 65 tahun adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

“Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara dalam bidang Pentadbiran Awam. Sekarang saya ingin cabar diri saya untuk ambil SPM pula.

“Saya juga ingin beri contoh dan motivasi kepada anak cucu saya. Usia bukan penghalang untuk belajar, menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat,” katanya kepada pemberita selepas menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini hari ini.” bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia telah bersara pada 2012 seperti dipetik Bernama.


Salman berkata keinginan untuk menduduki peperiksaan awam itu timbul sejak tahun lepas, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu susulan penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Anak jati Negeri Sembilan itu turut berkongsi persediaan bagi menghadapi SPM kali ini, beliau membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lepas dan adiknya yang bertugas sebagai guru turut memberi tunjuk ajar serta mengikuti pembelajaran secara dalam talian jika ada kelapangan.

“Keluarga saya banyak beri sokongan dan galakan. Saya tidak malu, saya tidak hairan apa-apa orang kata, kata orang tua belajarlah sampai ke negara China dan dari buaian hingga ke liang lahad,” katanya yang mengambil subjek Bahasa Melayu sebagai peringkat permulaan dan juga dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah selain berhasrat mengambil subjek lain tahun depan sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

16 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago