’10 Tahun Penjara Tak Boleh Ganti Satu Nyawa’ – Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Kena Seret 1.5km

Seorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, Kuantan, awal pagi Isnin, 1 Mac 2021.

Muhammad Akmal Hakim, 22, pekerja kilang di kawasan perindustrian Gebeng, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten K

omisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kemalangan yang membabitkan motosikal dan kereta jenis MPV itu berlaku pada jam 1 pagi di mana mangsa pada ketika itu dalam perjalanan ke rumah keluarganya di Kampung Padang.

Kereta MPV tersebut dipercayai dipandu oleh suspek berusia 26 tahun berada di bawah pengaruh alkohol dan apabila tiba di lokasi, suspek merempuh motosikal mangsa yang menyebabkan Muhammad Akmal terpelanting di cermin hadapan kenderaan suspek.

Advertisement

Suspek juga mengheret motosikal tersebut dan terus memandu sejauh 1.5 kilometer sebelum memberhentikan kenderaannya di hadapan rumah ahli keluarganya.

Hasil siasatan awal polis mendapati, kadar kandungan alkohol dalam badan penganggur itu melebihi had yang dibenarkan ketika memandu.

Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai lima saman kesalahan memandu melebihi had laju, yang masih belum dibayar.

Suspek direman sehingga 4 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000.

Sepupu mangsa yang dikenali sebagai Sabrina, juga berkongsi mengenai kemalangan tersebut di media sosial dan berharap keadilan dapat dituntut buat Muhammad Akmal.

“Rest well Muhammad Akmal Hakim. Justice for Mamal, 10 tahun penjara tak boleh ganti satu nyawa,” tulisnya.

Advertisement

Baca: Pekerja Kilang Maut Motosikal Dirempuh, Diseret Sejauh 1.5km Oleh Pemandu Mabuk

Sumber: Kosmo Online, Twitter Sabrina

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago