Tembak Isteri: Dua Suspek utama Tiba Di mahkamah

Suspek utama kes menembak isterinya menggunakan senapang angin di Taman Saujana Kota Tinggi, 1 Mac lalu, tiba di perkarangan Mahkamah Kota Tinggi, di sini, 8.30 pagi.

Suspek berusia 43 tahun y yang bergari dan memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba dengan kawalan ketat polis pengiring.


Pertuduhan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Pada 5 Mac lalu, media melaporkan misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi Khamis lalu.

Advertisement

Lebih menyayat hati, mangsa yang berusia 38 tahun yang juga ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan empat tahun itu dipercayai ditembak mati ketika sedang tidur oleh suaminya berusia 43 tahun menggunakan senapang angin di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.

Katanya, susulan daripada laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

14 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago