UMNO Ulang Enggan Kerjasama Dengan Bersatu Di PRU15, Muhyiddin Sedia Letak Calon PN Di Semua Kerusi Parlimen

Tekanan demi tekanan UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kerap berlaku, lebih-lebih lagi di musim Persidangan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung.

Terbaru, Puteri UMNO meminta parti itu untuk tidak terus menjalinkan kerjasama dengan Bersatu, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Puteri UMNO sempena PAU 2020 di PWTC hari ini.

“Bagi kita, No DAP, No PKR, ia tak boleh dipertikaikan. Cuma kita hanya tambah satu lagi, No Dap, No PKR dan No PPBM (Bersatu), sebab kita tahu tujuan asal Bersatu memang untuk musnahkan kita,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan, PN sedia meletak calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO terus berkeras tidak mahu bertolak ansur berhubung pengagihan kerusi.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15 nanti.

“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi parlimen, jika menang bentuk kerajaan, tak mengapalah. Namun, kalau UMNO mahu ambil semua, saya (PN) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh sebab ini politik.

“Bukan tak penting isu kerusi, penting kalau tiada kerusi tidak dapat tubuh kerajaan. Tetapi saya tidak mahu jadi sombong, nanti rakyat marah.

“Kita sebagai ahli politik seharusnya mendahului kepentingan rakyat termasuk menyelesaikan masalah berbangkit akibat pandemik Covid-19, menyelesaikan pemberian vaksin dan mengukuhkan ekonomi rakyat, berbanding isu lain,” katanya.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 hour ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago