[VIDEO] ‘Sebelum Kemalangan, Mangsa Pukul Adik Saya’ – Pemandu Swift Maut Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Toyota Vios

Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tiga kenderaan selepas hilang kawalan di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku pada jam 2.50 petang Khamis, 1 April 2021, mangsa yang memandu kereta Suzuki Swift dipercayai hilang kawalan lalu merempuah dua kereta dan motosikal yang berhenti di lampu isyarat.

Akibat dari rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), malangnya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.


Manakala tiga lagi mangsa yang lain membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 51 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.53 petang.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikerahkan ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Sebaik saja dikeluarkan, mangsa terus diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Video dan gambar kejadian itu turut viral di media sosial. Berdasarkan video berdurasi 11 saat itu menunjukkan kereta Suzuki Swift merempuh kereta Perodua Myvi, Toyota Vios dan motosikal dengan kelajuan tinggi.

AA Anbalagan berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun tampil seorang wanita bernama Izzati Nasharina mendakwa, sebelum kemalangan itu berlaku, mangsa katanya telah memukul adiknya dengan teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan kini berada di zon kritikal.

Advertisement

“Sebelum terjadi kemalangan ini, mangsa telah memukul adik saya. Sekarang adik saya berada di wad kritikal. Mungkin dia cuba nak melarikan diri.

“Tak tahu apa motif dia buat macam tu. Tu kot bawa kereta lajut sangat sampai langgar orang merata dan mati di tempat kejadian.

“Kenapa adik saya jadi mangsa pukul dia? Dia waras tak? Family dia mana? Panjang sangat cerita. Kami pun tak tahu nak cerita macam mana. Semoga adik aku selamat, minta doa banyak-banyak,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro, Penang Netizen, FB Izzati Nasharina

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

18 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago