Pemandu Swift ‘Belasah’ Budak OKU Dengan Topi Keledar Sebelum Terlibat Kemalangan Maut

Pemandu kereta Suzuki Swift yang maut dalam kejadian melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengah-Bayan Baru di sini semalam didakwa bertindak memukul seorang remaja yang berstatus orang kurang upaya (OKU) di sebuah kedai pakaian terpakai di Sungai Tiram.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 21 tahun telah dipukul dengan topi keledar telah dikejarkan ke Hospital Pulang Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan berikutan mengalami patah tulang hidung, mata dan bibir.

Jelas Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan, anak kepada pemilik premis datang ke kedai kira-kira jam 2.30 petang bagi berehat.


Namun, pengadu yang sedang berbual di hadapan premis berkenaan terserempak dengan seorang lelaki yang berbadan besar yang tidak memakai selipar secara tiba-tiba muncul dan berlari dari kedai itu.

Advertisement

“Berasa curiga, pengadu kemudian masuk ke kedai berkenaan dan mendapati lelaki terbabit terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka. Mengesyaki sesuatu, pengadu menghubungi ambulans sebelum lelaki itu dihantar ke hospital untuk rawatan.”

Ujar Anbalagan lagi, menerusi hasil soal siasat yang dilakukan mangsa adalah OKU fizikal yang melibatkan tangan kanan, telah datang ke premis itu sebelum datang suspek yang bertindak menyerbu masuk ke bilik dan memberi amaran supaya tidak mengangggunya.

Tidak berakhir di situ, suspek juga bertindak memukul di bahagian kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar berkali-kali sebelum bergegas dari premis berkenaan.

“Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta saksi bebas mengesahkan keterangan pengadu dan suspek menaiki kereta Suzuki Swift.”

“Siasatan lanjut mengesahkan suspek adalah individu sama yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru.”

Advertisement

Baca: [VIDEO] ‘Sebelum Kemalangan, Mangsa Pukul Adik Saya’ – Pemandu Swift Maut Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Toyota Vios

Menurut abang kandung suspek, adiknya dipercayai telah mengalami kemurungan sejak Mac yang lalu dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Difahamkan, kemurungan tersebut berpunca akibat tekanan hidup yang dialaminya.

“Kereta yang dipandu suspek berusia 30-an itu juga disahkan milik bapa si mati dan motif suspek memukul mangsa masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.”

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago