Sibuk Jaga Tepi Kain Orang, Wanita Didenda RM55k

Jeddah: Akibat menghasut rakannya supaya berpisah dengan suami, seorang wanita menerima padah apabila didenda 50,000 Saudi Riyal (kira-kira RM55,196) oleh sebuah mahkamah di sini.

Gulf News melaporkan mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh bersalah kerana cuba menghancurkan rumah tangga rakannya.

Lebih teruk lagi apabila tertuduh menghasut rakannya mencari pasangan lain.


Keputusan hakim itu memberi kemenangan kepada si suami yang memfailkan saman dan menuntut ganti rugi terhadap wanita berkenaan.

Advertisement

Ia dibuat selepas dia berang apabila menyedari ada cubaan untuk memporak-perandakan rumah tangganya.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa tertuduh turut menghasut dan mendesak isterinya supaya tidak mentaatinya.

“Dia turut menasihatkan isteri saya supaya mencari pasangan yang lebih baik.

“Malah, dia juga mendesak isteri saya supaya tunjukkan kepada saya siapa yang lebih berkuasa.

“Jelas sekali, dia ada niat untuk menghancurkan rumah tangga kami,” katanya.

Advertisement

Berikutan itu, hakim turut menasihati pasangan berkenaan untuk sentiasa mempertimbangkan nasihat yang diperoleh daripada pihak lain.

“Mereka diminta meneliti terlebih dahulu mana-mana nasihat yang harus diambil perhatian serius dan apa nasihat perlu diabaikan,” katanya.

Tindakan itu perlu bagi menutup ruang kepada pihak ketiga yang cuba merosakkan hubungan mereka. – Agensi

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

13 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago