“Saya Sakit Hati, Dia Kata Saya Penganggur Dan Tiada Pendapatan” – Suami Bunuh Isteri Hamil 5 Bulan Kerana Cemburu Pernah Dicurangi

Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia, tergamak membunuh isterinya sendiri sebelum membuat laporan palsu mengenai kehilangan mangsa.

Suspek yang dikenali sebagai Jony Pranoto Kasum, 27, didakwa membunuh isterinya, Putri Ima Camelia Sandy, 26, yang sedang hamil lima bulan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Gayungan, Hedjen Oktitanto berkata, suspek membuat laporan palsu itu pada Khamis, 22 April 2021, kira-kira jam 3 petang.

“Suspek sempat membuat laporan palsu berhubung kehilangan isterinya sebelum mangsa ditemui mati di perkarangan parkir berdekatan pejabat Ulama Jatim, setelah juru parkir terhidu bau yang kurang menyenangkan,” katanya.

Advertisement

Suspek membuat laporan palsu itu dipercayai untuk mengaburi pihak polis dan keluarga mangsa.

Selain membuat laporan palsu, ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis methampethamine atau dadah jenis syabu.

Suspek dalam pengakuannya berkata, dia bertindak sedemikian kerana berasa cemburu dia pernah dicurangi oleh mangsa. Jony juga mengaku dia terkesan dengan kata-kata mangsa yang mengejeknya.

“Saya sakit hati, dia kata saya penganggur dan tiada pendapatan. Akhirnya saya hilang sabar lalu mencekiknya sebelum menekap mukanya dengan bantal,” jelas Jony.

Difahamkan, mayat mangsa sempat dibiarkan begitu sahaja di kediaman mereka selama dua hari dan akhirnya mayatnya dibuang oleh suspek di lokasi mayat mangsa ditemukan.

Suspek mengakui dia sedar isterinya hamil lima bulan. Pasangan itu seringkali bertengkar kerana urusan menjaga anak pertama mereka. – Agensi

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

24 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago