Budak Maut Selepas Makan Sate Pemberian Wanita Tak Dikenali

Di Yogyakarta, Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun meninggal dunia dipercayai keracunan makanan selepas memakan sate pemberian wanita tidak dikenali.

Berita duka ini dikongsikan jiran tetangga mangsa, Fahmi Ansy di laman Facebook Info Cegatan Jogja (ICJ).

Menceritakan dengan lanjut, bapa mangsa bernama Bandi yang bekerja sebagai pengemudi ojek online (teksi motosikal) tiba-tiba didatangi seorang wanita ketika sedang berehat selepas solat asar di sebuah masjid di Kota Yogyakarta.


Wanita tersebut meminta pertolongannya menghantar bungkusan berisi sate ke wilayah Kasihan, Kabupaten Bantul.

Advertisement

“Waktu saya siap-siap jalan, tiba-tiba ada perempuan menghampiri saya. Dia minta tolong antarkan paket ke daerah Kasihan ke pak Tomy. Saya bilang, pakai aplikasi saja. Terus mbaknya alasannya gak ada aplikasi Ojol.”

“Dia minta offline, ya saya antarkan ke penerima tersebut. Perempuan itu berpesan, pengirim atas nama pak Hamid.”

Setibanya di sana, penerima paket, Tomy menafikan ada membuat pesanan makanan lalu menolak untuk menerima bungkusan tersebut.

“Saya tanya, lah ini paket sudah sampai alamatnya bener, nomornya bener kok ndak diterima. Terus bapaknya bilang, udah dibawa kamu saja pak, buat buka puasa.

Sesudah itu, Bandi pulang ke rumah membawa bungkusan sate tersebut sebagai hidangan untuk berbuka puasa.

Advertisement

Walau bagaimanapun, anak dan isterinya tiba-tiba muntah selepas memakan sate tersebut. Si anak sempat berkata kuah sate berasa pahit sebelum rebah tidak sedarkan diri.

“Pas saya makan itu gak apa-apa. Ternyata racunnya itu ditaruh dibumbunya. Anak saya bilang bumbunya pahit. Dia lalu ke dapur dan sudah muntah-muntah. Istri juga muntah-muntah. Pas tak pastikan anak saya sudah tidak sadarkan diri.”

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Jurucakap polis, Suyanto mengesahkan isteri dan anak kedua Bandi dipercayai keracunan memakan sate dengan kuah, manakala Bandi dan anak pertamanya makan sate tanpa kuah.

Sumber: Tribun News

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

5 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago