Polis Tahan Lelaki Bakar Tafsir Al-Quran Di Kuala Nerang

ALOR SETAR, 15 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran bangunan Tabung Haji di Pekan Kuala Nerang malam tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek, yang bukan beragama Islam dan berusia 36 tahun itu, ditahan di Pekan Kuala Nerang pada 12.30 tengah malam selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut daripada seorang lelaki pada 12.25 tengah malam tadi.

Beliau berkata pengadu memaklumkan menerima video menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang individu sedang membakar al-Quran pada 11.30 malam.

“Pengadu bersama dua rakannya terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiada sesiapa di lokasi berkenaan namun menjumpai cebisan al-Quran yang telah dibakar.

Advertisement

“Lokasi kejadian adalah di kawasan terbuka dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Polis juga telah merampas sisa tafsir al-Quran yang dibakar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata hasil siasatan mendapati insiden itu berlaku di depan rumah kedai yang didiami suspek.

“Motif perbuatan suspek adalah kerana marah dan kecewa dengan kekasihnya yang merupakan seorang wanita Islam yang telah berubah hati. Naskhah tafsir al-Quran berkenaan adalah hadiah pemberian wanita tersebut.

“Suspek turut memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama. Polis juga merampas dua buah telefon bimbit, pemetik api dan selipar yang digunakan semasa kejadian dan suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 serta Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pendakwaan.

“Polis juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang boleh memecah-belahkan keamanan dan memudaratkan ketenteraman awam,” katanya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

15 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago