Ahli PKR Diingat Tidak Taasub Kepada Pemimpin – Anwar

Semua ahli PKR diingatkan supaya tidak terlalu taasub kepada seorang pemimpin atau kumpulan kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada pemikiran tidak taat kepada parti.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata ketaasuban itu juga akan membawa kepada tindakan yang tidak ‘selari’ dengan keputusan pimpinan parti.

“Kelemahan kita ini adalah kadang-kadang kita ini terlalu taasub dengan ketua sama ada saya atau yang lain.

“Oleh yang demikian, fikiran kita tidak lagi taat kepada jemaah dan kepimpinan tetapi kita izinkan wujudnya kelompok-kelompok,” katanya ketika menggulung perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang berlangsung secara maya hari ini.

Advertisement

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa bagi pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan jemaah parti, perkara tersebut boleh dibawa berbincang manakala mereka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada ‘kartel’ juga harus diberikan ruang.

Terdahulu, semasa sesi perbahasan, perwakilan Kedah Razaini Md Isa mencadangkan supaya presiden parti mengadakan jajaran baru bersama pelbagai pihak bagi meringankan bebanan rakyat yang terkesan ekoran Covid-19 dan melaksanakannya dengan pihak yang menerima prinsip perjuangan PKR.

“Kita minta presiden dengan prerogatifnya, kita beri wewenang (hak atau kekuasan) untuk presiden laksanakan dan lipatgandakan usaha dapatkan kembali mandat rakyat serta mengutamakan nasib rakyat terbanyak berbanding kepentingan politik dan peribadi,” katanya.

Perwakilan Melaka Muhammad Asri Ibrahim pula merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa dan tenaga sepanjang pandemik Covid-19.

Dia turut mencadangkan supaya masjid dan dewan serba guna sedia ada di seluruh negara dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi membolehkan negara segera mencapai imuniti kelompok.

Advertisement

“Saya juga ingin cadangkan kepada kerajaan agar semua penjawat awam yang telah memberikan khidmat dengan penuh tanggungjawab sepanjang pandemik ini diberikan insentif penebusan gantian cuti rehat (GCR) bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Sesi perbahasan yang berlangsung sepenuhnya secara dalam talian itu disertai 16 pembahas dari seluruh negara.

Terdahulu, kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom bermula lapan pagi.

-Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago