Polis Tahan 11 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Perarakan Iringi Mayat

BUTTERWORTH, 20 Jun (Bernama) — Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Siram di sini pada 17 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU (ACP) Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua mereka yang berusia 15 hingga 35 tahun itu ditahan hari ini di beberapa lokasi di sini dan Mak Mandin bermula 6 petang tadi.

“Kami masih mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam perarakan mengiringi mayat dalam kejadian pada Khamis lepas itu.

“Setakat ini, kami telah merekodkan keterangan pengurus rumah pengurusan mayat itu dan menurutnya dia telah melarang kumpulan tersebut daripada berbuat demikian namun mereka tetap berdegil untuk berarak membawa mayat ke tempat pembakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Advertisement

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai rakan-rakan si mati iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya disebabkan penyakit tibi.

Noorzainy berkata semua lelaki yang ditahan itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Polis percaya dengan penahanan 11 lelaki itu kami dapat menyelesaikan kes tersebut dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

23 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago