Menyamar Jadi ‘Rider’ GrabFood, CEO Grab Hantar 4 Pesanan Naik Basikal Dalam Masa 2 Jam

Tindakan CEO dan pengasas bersama Grab, Anthony Tan yang menyamar sebagai seorang rider GrabFood semalam berjaya mendapat sorotan media.

Tan melalui akaun LinkedInnya berkongsi pengalaman pernah mencuba menjadi penghantar makanan GrabFood sebelum ini dengan berjalan kaki. Namun kali ini, dia mencuba sekali lagi dengan menunggang basikal.

Tan bersama-sama menghantar makanan dengan menunggang basikal bersama seorang rider GrabFood berpengalaman yang dikenali sebagai Lim.

Tan walaubagaimanapun menyifatkan penyamarannya tak bermula dengan baik apabila dia terlupa membuang tempat duduk bayi di belakang basikalnya. Oleh itu, dia terpaksa menggalas beg GrabFoodnya sepanjang penghantaran kerana ketiadaan ruang di belakang.

Advertisement

Walaupun pada waktu makan tengah hari, Tan kagum apabila dia hanya perlu menunggu kira-kira tiga minit sahaja untuk satu pesanan siap. Pesanan juga dibungkus dengan sangat baik dan proses pick-up juga berjalan lancar.

Antara cabaran yang dihadapi Tan sebagai rider adalah apabila dia tidak tahu di mana dia harus memarkir basikal, tambahan pula ketika itu hujan sedang turun.

Tan berjaya menghantar empat pesanan dalam masa lebih kurang dua jam dan berterima kasih kepada Lim yang telah memberi tunjuk ajar.

Tan sangat mengagumi Lim, seorang bapa yang sanggup membanting-tulang menghantar 20 hingga 30 pesanan sehari untuk menyara keluarga.

Di akhir hantarannya, Tan turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada para bapa yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga tersayang.

Advertisement

Sumber: Mothership

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago