“Berkawan Dengan Cicak, Siap Main Tarik Getah?”- Lelaki Menjadi Tumpuan Dengan Aksi Bermain Bersama Seekor Cicak.

Sebilangan besar manusia amat geli dengan cicak malah menganggap haiwan ini adalah haiwan yang menjijikkan. Kehadiran cicak di rumah sangatlah tidak diinginkan tetapi tidak bagi seorang lelaki yang berasal dari Singapura yang bernama Sin Han. Dia berkawan baik dengan seekor cicak dan selalu bermain dengan cicak tersebut.

Kisah ini dapat menarik perhatian pengguna media sosial apabila Sin memaparkan gambar dirinya sedang bermain dengan cicak jenis Gecko di dalam rumahnya. Aksi comel tersebut menjadi viral kerana hampir 600 perkongsian.

Di dalam gambar tersebut menunjukkan cicak tersebut sedang bermain gelang getah dengan Sin. Cicak ini nampak tenang dan mesra, tidak seperti cicak lain yang selalu melarikan diri apabila melihat manusia.

Cicak tersebut tampak begitu mesra ketika di hadapan Sin malah membiarkan Sin menyentuh hujung hidungnya dengan lembut. Kebiasaannya, Sin akan meletakkan tangannya berdekatan dengan cicak tersebut dan cicak tersebut akan naik ke atas tangannya dengan selesa. Menurut Sin, cicak itu tinggal di dalam rumahnya dan akan muncul setiap kali lampu biliknya dihidupkan.

Advertisement

Lebih menarik lagi apabila cicak itu sering menggigit gelang getah di mulutnya. Sin menduga bahawa cicak tersebut mungkin lapar atau hanya ingin bermain dengan gelang getah itu. Sin kemudiannya mengadakan permainan tarik tali dengan cicak tersebut dan selalu memenanginya.

Pemilik rumah lain di situ turut mengalami kejadian yang serupa apabila mereka mendapati bahawa gelang getah bertebaran di kawasan sekitar rumah mereka. Masih tidak dapat dipastikan mengapa cicak melalukan aktiviti ini tetapi ada pendapat yang mengatakan bahawa tekstur gelang getah tersebut menyerupai makanan yang sering dimakan oleh mereka.

Bukan hanya cicak, namun Sin beranggapan bahawa semua haiwan adalah comel dan penyayang. Dia mengingat kembali kejadian di mana terdapat seekor kelawar terbang ke dalam rumahnya. Dia menjaga kelawar tersebut dan memberi makan.

Walaupun mempunyai hubungan yang mesra, Sin tidak menganggap cicak sebagai haiwan peliharaan. Sebaliknya, cicak adalah haiwan yang tergolong dalam alam semula jadi dan dia dengan senang hati membiarkan cicak-cicak itu tinggal di bawah bumbung yang sama. Sin turut berharap cicak wujud dengan saiz yang lebih besar.

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago