Seorang Wanita Menjatuhkan Stok Telur Dan Beredar Tanpa Membantu Telah Mengundang Kemarahan Netizen

Tindakan seorang wanita yang telah menjatuhkan stok telur yang diletakkan di atas sebuah motosikal  secara tidak sengaja dipercayai mengundang kemarahan pihak netizen di Indonesia.

Menurut Suara Jatim ,hasil rakaman CCTV menunjukkan bahawa seorang lelaki membawa stok telur dengan menggunakan motosikal. Sebaik sahaja lelaki tersebut meletakkan motosikalnya dihadapan kedai, lelaki itu membawa masuk beberapa papan telur ke dalam premis.

tidak lama selepas itu ,kelihatan seorang wanita berjalan disebelah motosikasl tersebut dan melanggar kayu yang menampung motosikal tersebut dengan tidak sengaja. Hal demikian menyebabkan stok telur tersebut terjatuh dan bersepah di atas jalan.

Wanita itu kemudiannya masuk ke kedai dan sempat menunduk ketika berselisih dengan pemilik motosikal berkenaan. Pun begitu, ketika orang lain sedang sibuk membantu mengutip semula telur-telur yang terjatuh, wanita itu dilihat keluar daripada kedai dan terus beredar pergi tanpa usaha untuk membantu.

Advertisement

Reaksinya itu telah menyebabkan netizen kesal dan marah sekaligus mengecam tindakannya. Ada juga yang mendoakan lelaki tersebut agar murah rezeki dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu telah diselesaikan terlebih dahulu ataupun tidak sebelum wanita itu beredar.

@verariztetap bersabar untuk bapaknya🙏🙏ini ujian…..♬ Jadi Aku Sebentar Saja – Judika
@verarizini video kelanjutannya yaaa …yg helm putih ibu2 yg nabrak telor….😔😔♬ suara asli – Natalia vera

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago