31 Bayi Disahkan Positif Covid-19 Di Sabah

Seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara disahkan positif Covid-19 daripada keseluruhan 3,487 kes dilaporkan di Sabah pada Khamis, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap khas Covid-19 Sabah itu berkata, 297 yang dilaporkan di Sabah pada Khamis pula adalah kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga lima tahun dan 632 orang berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Majoriti pesakit iaitu 2,240 kes adalah mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun dan selebihnya adalah warga emas berusia 60 tahun dan lebih,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Beliau berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,992 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Advertisement

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.” katanya.

Masidi berkata, terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah pada Khamis iaitu Kluster Hamparan 2 di Kinabatangan yang merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau melibatkan 21 kes kumulatif sehingga Khamis.

“Kes indeks adalah pembantu klinik wanita di ladang tersebut berusia 24 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Ogos setelah bergejala sejak 12 Ogos… daripada 77 kontak yang disaring terdapat 20 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti,” katanya.

Sumber- BERNAMA

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

9 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago