‘Saya Harap Emak Dengar, Lihat Kejayaan Dari Atas Sana’ -Yee Khie

Hanya air mata yang membasahi pipi atlet powerlifting kebangsaan, Jong Yee Khie ketika menaiki podium selepas merangkul pingat perak kategori lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo.

Yee Khie ternyata gagal menyembunyikan perasaaan hibanya selepas tidak dapat meraikan kejayaannya di sini, bersama emaknya, mendiang Chow Good Sing, yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Oktober tahun lepas.

“Jika Sukan Paralimpik tidak dibatalkan kerana Covid-19 tahun lepas, emak sudah pasti melihat kejayaan saya, namun apakan daya emak telah pergi terlebih dahulu.

“Ketika di podium tadi, hati kecil saya memberitahu emak yang saya sudah berjaya raih pingat perak, harap dia dengar dan bangga dari atas sana,” katanya dalam nada sebak kepada Bernama.

Advertisement

Lebih menyedihkan, jadual latihan yang padat serta Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkannya tidak dapat berada di sisi emaknya sebelum wanita kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.

“Setibanya di Sarawak, saya hanya mampu mengikuti upacara sembahyang sebelum jasad emak dibakar,” tambahnya.

Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230 kilogram (kg), atlet berusia 32 tahun itu kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, apabila melakukan angkatan seberat 237kg.

Bagaimanapun, atlet dari Batu Kawa, Kuching itu kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan keduanya selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.

Kejayaan itu bermakna beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.

Advertisement

Beliau yang ‘cemburu’ dengan kejayaan dilakar tiga atlet olahraga negara, iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) dan Abdul Latif Romly dalam acara (lompat jauh T20), juga mengakui pencapaian mereka bertiga itu juga telah membakar semangatnya untuk cuba meraih pingat di Tokyo.

Mengenai prestasinya hari ini, anak kedua daripada tiga beradik itu tidak berpuas hati apabila tidak berjaya merangkul pingat emas yang dimenangi atlet Mongolia, Sodnompiljee Enkhbayar, selepas gagal dalam angkatan terakhirnya.

Yee Khie berkata, tangan kanannya yang dilihat tidak stabil dalam percubaan terakhirnya itu telah menyebabkan angkatan dilakukannya kurang kemas dan seterusnya dibatalkan pengadil.

Namun, beliau enggan membiarkan impian emasnya terkubur begitu sahaja dan akan kembali cuba memenangi pingat diidamkannya di Paris 2024.

Yee Khie juga memberitahu bahawa rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin yang merupakan pemenang emas pertama negara di Tokyo bagi kategori lelaki 72kg Sabtu lepas, percaya atas kebolehannya untuk membawa pulang pingat untuk negara.

Advertisement

Katanya, pingat dimenangi itu didedikasikan bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut esok dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terhadap sokongan diberikan kepada atlet paralimpik yang sedang berjuang di Jepun.

Saingan hari terakhir sukan powerlifting di Tokyo International Forum menyaksikan Sodnompiljee melakukan angkatan terbaik 245kg untuk membawa pulang emas manakala Saman Razi dari Iran, meraih gangsa menerusi angkatan terbaik seberat 231kg.

Sodnompiljee memulakan saingan dengan bergaya apabila melakukan angkatan 241kg untuk memecah rekod Paralimpik milik Pavlos Mamalos dari Greece, dengan angkatan seberat 238kg dilakukan di Rio 2016, dan sekali lagi mencuri tumpuan memecahkan rekodnya sendiri dalam percubaan kedua iaitu 245kg.

Sumber : BERNAMA

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

23 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago