4 Menteri Bincang Kelonggaran SOP Menuju Fasa Endemik, Termasuk Kebenaran Rentas Negeri

Perbincangan secara terperinci mengenai penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan melibatkan tiga lagi menteri lain.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menteri berkenaan ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Sept lepas bersetuju supaya saya selaku Menteri Kanan Pertahanan yang mengetuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut melibatkan tiga menteri ini.

“Sehubungan itu, saya akan memanggil ketiga-tiga menteri ini dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci dan membuat keputusan bersama tentang penyesuaian SOP serta bentuk kelonggaran seterusnya dalam menuju fasa endemik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Hishammuddin berkata seperti yang beliau nyatakan semasa sidang media pada 2 Sept lepas bahawa negara sedang menuju ke arah endemik dan beliau turut bersetuju dengan Khairy bahawa peralihan ke fasa endemik akan bermula pada hujung Oktober.

“Sebagai persediaan ke arah fasa berkenaan, kerajaan sedang meneliti kelonggaran-kelonggaran yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu dan dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor. Bagi menetapkan kelonggaran berkenaan, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” katanya.

Hishammuddin berkata pada masa sama beliau juga mengarahkan MKN untuk terus mengemas kini SOP dan kelonggaran yang sudah dipersetujui bersama oleh kementerian-kementerian yang terlibat sebelum ini agar ia lebih mudah difahami.

— BERNAMA

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

18 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago