‘Pengasas Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau Alor Setar Meninggal Dunia Sebagai Pesakit Kanser’…Takziah!

Khabar duka ini mengejutkan seluruh warga maya selepas pengasas Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau Alor Setar dikhabarkan telah meninggal dunia.

Arwah yang mengalami kanser tulang belakang dimaklumkan sudah bertahun survive sebagai pesakit kanser.

Setelah kanser itu merebak ke seluruh organ Ain Ahmad Loh akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Sedikit pesanan dari Ain Ahmad Loh:

Advertisement

( Baru dapat perkhabaran sahabat Saya Arwah Ain Ahmad Loh telah meninggal dunia semalam.. Semoga Arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman )

😭😔💗

✨ Pesanan Akhir Puan Ain Ahmad Loh – Pemilik & Pengurus Pemasaran Restoran Nasi Ayam Cabai Hijau Jln Sultanah Samb. Alor Setar✨

Pagi tadi jumpak onkologi,petang paliatif pulak. 

Haqini pertama kali dalam sejarah jumpak doktor paling terbaik dari segi penerangan dan servis. Dia teqang dari A – Z keadaan ain,dia bagi pendapat kat Ain,semangat semua la. 

Even haritu masa masuk wad pun ain tak tau sangat keadaan ain tapi haqini ain tau semua. Tulang belakang ain teruk,penuh sel kanser,tulang paha,punggung,pinggang,bahu semua. Sel kat hati penuh dan apa jenih kanser ain lupa dan keadaan hati ain memang teruk. Terlalu banyak sel kanser kat hati,kat tulang semua. Dan hati memang takkan boleh sembuh dah.

Advertisement

Ain dah buat keputusan untuk stop kimo sebab kalau kimo pun tak jamin Ain sembuh. Memang berapa percent ja peluang ain. Ain nak sambung radioterapi ja kat tulang ain sekurang kurangnya walaupun ain hidup lama mana lagi pun ain masih boleh duduk,tak terlantaq. Ain cuma nak bertahan dan kalau boleh nak habihkan masa yang ada dengan lebih baik. Tu ja. Kalau Ain kimo ain takut ain makin lemah. Dan tak dak jaminan untuk sembuh dah kalau kimo pun. So ain tak mau cuba dah. Bukan give up tapi ain just nak jalani sisa hidup dengan tenang ja. Hanya keajaiban Allah ja ain harapkan la ni. 

Ain bukan soqang yang mudah lemah & mudah mengalah tapi la ni ain tak boleh pertikai yang ain memang teramat lemah. Ain tak mau tunjuk Ain kuat semata mata nak nampak hebat di mata oqang. Ain belajaq sesuatu la ni,bahawasanya hebat mana pun kita akhirnya kita perlukan doa dan sokongan oqang lain jugak. Jadilah manusia yang sentiasa tunduk,jangan terlalu mengejar dunia. Ain nega ka apa daqi dulu tak besa buat content ka apa untuk maju. Sampai la ni ain sakit ain bersyukur rezeki kami tak penah putuih. Qamai suquh ain buat content sakit ain la apa tapi sorry. Ain takkan buat. Ainn struggle lawan kanser selama ni dengan tenang dan ain redha. 

Ain tegejut qamai sangat doa,bagi semangat,bagi macam macam kat ain. Bagi ain hikmah Allah adalah yang terbaik. Bila kita redha inshaa Allah kita kuat. 💪😊

“Doa ain semoga Allah balas jasa baik semua yang tak putuih putuih sudi doakan ain selama ni. 🤲”

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

14 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago