Lelaki Sesat Tengah Laut, Dilindungi Dan Dibantu Ikan Lumba-Lumba Yang Disangka Jerung

Ruari McSorley menceritakan tentang detik-detik cemas saat dia sesat sewaktu berenang di laut yang terletak di luar pantai di Co Kerry setelah dia diselamatkan.

Lelaki berusia 24 tahun itu pernah viral pada tahun 2015 selepas dia ditemui selepas dia ditemui dan diselamatkan 4km dari pantai kerana sesat di laut yang berhampiran dengan Inch.

Lelaki tersebut kali pertama dilaporkan hilang pada Ahad sekitar jam 8 pagi setelah pakaian dan kasutnya dijumpai di tepi pantai oleh seorang pejalan kaki.

Semasa penyelamat menemui Ruairi pada pukul 8.15 malam, mereka mendapati bahawa lelaki itu dikelilingi oleh ikan lumba-lumba.

Advertisement

Berkata kepada The Irish Independent, dia mengucapkan rasa terima kasih kepada mereka yang menemuinya setelah dia keluar dari hospital .

Dia berkata: “Mereka sangat profesional. Mereka orang yang luar biasa, saya harus katakan. Mereka bukanlah seperti doktor atau paramedik yang berbayar. Mereka sukarelawan.”

“Mereka adalah sekumpulan orang yang sangat hebat.”

“Mereka balut saya dengan selimut dan mengambil suhu badan dan segala-galanya dan kemudian membawa saya terus ke hospital.”

“Tidak ada mentaliti mangsa di sana. Selain sedikit kesakitan di bahagian belakang lutut saya, saya 100pc. Tidak ada masalah jangka panjang.”

Advertisement

“Cuma ginjal saya sahaja yang perlu diselaraskan semula, jadi tidak ada sebarang kecederaan yang serius.”

Dilaporkan bahawa ketika dia diselamatkan, Ruari risiko mengalami hipotermia tetapi dia menegaskan bahawa ‘satu-satunya perkara yang buat saya tertekan adalah semua orang panik terhadapnya’.

“Saya terus terjun sahaja, dan itu sahaja.”

“Saya nampak rumah api Fenit masa dalam air, dan saya berkata, saya akan menuju ke sana. Saya tidak akan tahu jika saya tidak memulakannya,” jelasnya.

Dia memberitahu portal Irish Independent bahawa ada satu ketika dia berasa bimbang akan keselamatannya.

Advertisement

“Saya terlihat ekor hitam di dalam air, dan saya tidak pasti sama ada ianya ikan lumba-lumba atau ikan jerung.

“Saya hanya terfikir, mungkin bukan idea buruk untuk saya jika saya Google dulu berkenaan kawasan itu sebelum saya melompat masuk, namun bernasib baik mereka hanyalah ikan lumba-lumba.

“Mereka tidak akan mencederakan anda. Saya tidak ada masalah dengan mereka.

“Mereka hanya berenang berhampiran saya. Sekiranya ada apa-apa, mereka mungkin akan menolong saya. Ianya adalah suatu pengalaman yang berharga.”

Mengulas mengenai operasi penyelamatan pada ketika itu, Pengurus Operasi Fenit RNLI Lifeboat Gerard O’Donnell menyatakan bahawa setelah ‘pencarian panjang dan memenantkan’, para kru gembira selepas berjaya mengesan perenang yang hilang itu. Mereka telah memeriksa kawasan itu untuk mengesan sebarang tanda pergerakan dan juga turut bimbang sekiranya tidak dapat menemuinya.

Advertisement

“Air pada ketika itu sangat sejuk dan kita tidak tahu berapa lama individu ini telah berada di dalam air. Ketika kru kapal penyelamat menemuinya, mereka berada jauh dari pantai dan keletihan.”

“Kami ingin menasihatkan bahawa sesiapa yang ingin berenang memberitahu orang lain terlebih dahulu ke mana mereka akan pergi dan bila mereka akan kembali.”

Dia menambah bahawa Ruari adalah “Individu yang sangat bertuah.”

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

23 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago