PPV Awam Di Perak Dibuka Untuk ‘Walk-In’ Bagi Individu 18 Tahun Ke Atas

Semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di Perak dibuka untuk individu berusia 18 tahun ke atas bagi mendapatkan vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) mulai hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin.

Beliau berkata pemberian vaksin juga dibuka kepada individu bukan warganegara, sama ada mempunyai atau tiada dokumen, di kesemua 23 PPV awam di seluruh negeri.

“Usaha ini dilakukan supaya kita dapat mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan diharapkan semua pihak memainkan peranan untuk melancarkan proses orang ramai yang hadir bagi vaksinasi secara ‘walk-in’ di PPV awam ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata individu yang belum menerima janji temu vaksinasi di aplikasi MySejahtera dialu-alukan untuk mendapatkan suntikan, namun individu terawal diutamakan bagi slot harian.

Advertisement

Katanya orang ramai yang hadir ke PPV perlu memastikan mereka tidak bergejala, bukan kontak rapat dan bukan dalam tempoh kuarantin.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad dilaporkan berkata kerajaan Perak menyasarkan untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada bulan hadapan.

Sasaran itu berdasarkan beberapa strategi yang dirangka kerajaan negeri menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mempercepat proses pemberian vaksin kepada seluruh lapisan rakyat di setiap pelosok negeri.

Menurut statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 1.6 juta iaitu 85.5 peratus daripada populasi di Perak telah mendaftar untuk vaksinasi, manakala 1.4 juta atau 57.2 peratus telah menerima dos pertama suntikan di 45 lokasi PPV setakat 9 Sept lepas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago