Susulan Amaran Kedutaan Jepun, Polis Jamin Keselamatan Negara Terkawal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap mana-mana rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di negara ini, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl berkata berdasarkan situasi semasa, PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal dan orang ramai diminta tidak gusar atau membuat sebarang spekulasi berhubung amaran keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun kepada warganegaranya yang berada di sini.

“PDRM akan sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat, pemantauan juga akan dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan dan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Hari ini, media melaporkan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di Malaysia mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.

Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

Terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

-Bernama

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago