(Video) Pencuri Besi Dimalukan Diarak Keliling Kampung Sambil Dinyanyikan Lagu ‘Selamat Hari Jadi’

JAKARTA – Seorang lelaki yang ditangkap kerana  mencuri besi telah ‘dimalukan’ dengan cara diarak mengelilingi sebuah kampung di Indonesia sambil penduduk setempat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ kepadanya, lapor laman Suara.com.

Menerusi  rakaman video yang tular di laman sosial Instagram @meridink itu, lelaki tersebut menerima ‘hukuman’ itu kerana  mencuri pagar besi.

Selepas dia ditangkap, penduduk kampung enggan menghukumnya menggunakan kekerasan, sebaliknya mereka mengambil pendekatan untuk ‘memalukan’ si pencuri dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dengan kuat sambil berarak di sekeliling kampung.

“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you,” demikian jeritan orang kampung kepada lelaki tersebut.

Advertisement

Lokasi kejadian bagaimanapun tidak diketahui. Namun, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap ‘hukuman’ yang dikenakan sangat unik.

“Beginilah cara yang betul, bukannya pencuri itu dipukul. Bagus, saya suka caranya,” demikian tulis seorang netizen.

“Malunya itu nanti sehingga kiamat,” tulis seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton hampir 300,000 kali dengan lebih 900 komen. – AGENSI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 hour ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

7 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago