Belum Reda Kes Jilat Tangan, ‘Abang e-hailing’ Pula Buat Hal

Seorang pemandu e-hailing didakwa bertindak di luar kawalan apabila mempamerkan kemaluannya kepada pelanggan wanita ketika suspek membuat penghantaran makanan kepada mangsa kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Subang, Selangor itu, mangsa menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi menghantar makanannya sebelum menerima gangguan seksual daripada suspek.

Kisah berkenaan dikongsikan seorang pengguna Twitter yang turut menjelaskan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Selalu baca ciapan atau berita orang yang kena (gangguan seksual), tetapi hari ini saya kena sendiri. Bukan pertama kali, tetapi kali ini sangat melampau.

Advertisement

“Alasan utama saya membuat laporan polis ialah tidak mahu orang lain merasakan apa dilalui saya, sekarang ini semua benda perlu berteman,” ciapnya.

Berdasarkan laporan itu, mangsa mendakwa berdepan gangguan seksual daripada pemandu e-hailing itu apabila sengaja menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

“Pada 5 Oktober 2021, saya mahu mengambil pesanan kek daripada seorang penghantar makanan yang memandu Perodua Bezza berwarna biru.

“Semasa mahu mengambil kek itu, saya ternampak zip seluar pemandu dalam keadaan terbuka selain sengaja meletakkan kemaluannya di luar,” tulis laporan polis itu.

Menurut laporan polis itu lagi, suspek secara tiba-tiba turut menarik pergelangan tangan kiri beberapa kali sebelum sempat ditarik keluar oleh mangsa.

Advertisement

Pihak Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang pemandu e-hailing bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita ketika menghantar makanan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, laporan polis berhubung kes itu yang dibuat di Balai Polis Subang Jaya diterima pihaknya kelmarin.

“Siasatan masih dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat yang diberi pengadu selain menyemak data dalam rekod (e-hailing) serta kenderaan terlibat.

“Segala maklumat diperoleh akan membantu pihak polis dalam mengesan suspek yang dipercayai merupakan seorang lelaki Melayu,” katanya kepada Kosmo! tadi.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah dengan tindakan pemandu e-hailing berkenaan.

Advertisement

 

Sumber: Kosmo!

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago