(Video) Belasah Teman Wanita Di Kedai Makan, Lelaki Serah Diri Kepada Polis

Tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang lelaki ‘menyerang’ dan memukul teman wanitanya di sebuah kedai makan di Jalan Pending, Kuching.

Video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat itu dimuat naik di akaun Made In Borneo sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan di Pending petang tadi (semalam). Seorang lelaki telah menyerang dan membelasah seorang wanita yang juga kekasihnya.
“Susulan daripada kejadian, pekerja kedai makan telah membantu membelasah lelaki berkenaan,” tulis kapsyen posting Facebook tersebut.

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, lelaki terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sebelum ditahan anggota polis.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih warga tempatan berusia 30-an itu.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Difahamkan, mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Melvin Joni) , Facebook Made In Borneo

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

2 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago