Mengaku ‘Pembantu Ahmad Maslan’, Peniaga Didakwa Tipu Lelaki RM50,000

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menipu dan memperdaya RM50,000 dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pada 2015.

Kamarul Ramizu Idrus, 54, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Tertuduh didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai tertuduh adalah pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terbabit dalam skim pelaburan emas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015.

Advertisement

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa, Siti Mastura Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 dengan dua penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Norhayati turut menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

11 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

15 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

20 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago