Lelaki Meninggal Dunia Seminggu Lepas Terima Suntikan Dos Kedua Daripada Vaksin Berbeza

Bangkok: Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki berusia 39 tahun selepas seminggu menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 menggunakan jenis vaksin berbeza.

Supoj Prasarnchu dari daerah Bua Yai meninggal dunia pada 7 Oktober lalu di hospital.

Dia menerima dos pertama dari vaksin Sinovac pada 30 Ogos.

Pada 30 September, dia mendapat suntikan dos kedua dari vaksin AstraZeneca.

Advertisement

Selepas menerima dos kedua, dia kemudiannya mengalami sakit kepala dan demam.

Pada 4 Oktober, mangsa menghubungi ibunya, Nattha Nawo dan memaklumkan dia tidak sihat. Ahli keluarga membawanya ke hospital untuk rawatan.

Melalui imej X-ray, dia dipercayai menghadapi pendarahan pada otak dan ditempatkan di unit rawatan rapi selama tiga hari.

Namun, dia meninggal dunia pada 7 Oktober lalu, lapor Bangkok Post.

Ketua Kesihatan Awam Nakhon Ratchasima, Dr Narinrat Phitchayakhamin berkata, dia telah mengarahkan pegawai kesihatan daerah dan Hospital Bua Yai untuk menjalankan siasatan ke atas kematian mangsa.

Advertisement

Katanya, ia mungkin mengambil masa tiga hingga empat minggu.

“Keluarga mangsa akan menerima pampasan. Ia adalah sebahagian polisi kementerian untuk memberikan pampasan kepada keluarga sekiranya berlaku kematian dalam tempoh tiga minggu selepas menerima vaksin Covid-19,” katanya.

Katanya, pampasan berjumlah 400,000 baht (kira-kira RM50,000) akan diserahkan kepada keluarga mangsa minggu ini. – Agensi

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago