Polis Rampas Kereta Rasmi K’jaan Melaka Yang Dipakai Norhizam

Sebelum ini Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka berjanji untuk pulangkan kenderaan rasmi kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurut laporan Berita Harian hari ini, polis merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri yang didakwa enggan dipulangkan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) itu.

Pada jam 11.20 pagi semalam, kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu dirampas pasukan polis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Rampasan itu dibuat pihaknya selepas terdapat laporan polis yang mengatakan kenderaan rasmi kerajaan itu disalah guna.

Advertisement

“Semalam, polis membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi mengeluarkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang kes.”

“Kemudian, sepasukan polis merampas Toyota Camry terbabit bersama kunci kereta, kad Touch n Go dan satu kad minyak daripada pemandu rasmi Datuk Norhizam.”

Katanya lagi, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui kenapa kereta tersebut diletakkan di lokasi berkenaan dan apakah kaitan dengan pemilik lot tempat kereta disitu.

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

2 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago