Enggan Terima Suntikan? Kerajaan Akan Terus Susahkan Hidup Antivaksin – Khairy Jamaluddin

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tidak akan ‘memberi muka’ kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih keputusan untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga bercadang bagi mewajibkan golongan tersebut melakukan saringan secara mingguan dimana kos perlu ditanggung sendiri.

“Pendekatan kita adalah, maaf cakap, kita akan buat hidup anda susah kerana anda tidak divaksin kerana anda memilih untuk enggan divaksin.

“Kalau anda tidak divaksin kerana masalah kesihatan, tidak mengapa. Kita akan beri pengecualian dengan memberikan e-sijil MySejahtera tapi kalau anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, kita akan ‘menyusahkan’ hidup anda.

“Kita akan terus sukarkan hidup anda, tidak boleh makan di restoran, tidak boleh pergi ke pusat beli-belah,” katanya pada sidang media hari ini

Khairy berkata, beliau turut peka dengan suara ibu bapa yang meluahkan rasa kebimbangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah berikutan terdapat segelintir para pendidik enggan divaksin.

“Sebab itu bila kita bincang, kita kata ia tidak boleh hanya melibatkan sektor pendidikan tapi ia juga mestilah untuk sektor awam. Sekarang ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah keluarkan pekeliling, mewajibkan penjawat awam untuk divaksinasi.

“Kita galakkan sektor lain turut melakukan perkara sama termasuk syarikat swasta. Mereka perlu ada undang-undang juga seperti kalau tidak divaksin, anda tidak boleh kembali bekerja,” ujarnya.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau itu menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera selepas golongan tersebut sering menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Advertisement

Baca: “Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera” – Khairy Maklumkan KKM Sudah Buat Laporan Polis

Sumber: Astro Awani (Ridauddin Daud)

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

8 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

9 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago