“Saya tidak mengetahui adab…” – Baim Wong & Pak Suhud Berdamai, Saling Memaafkan

Terdahulu tular di media sosial seorang pelakon lelaki terkenal di Indonesia iaitu Baim Wong memarahi seorang warga emas yang mahu meminta bantuan.

Selepas menerima kecaman teruk daripada netizen, Baim Wong akhirnya telah berjumpa dengan warga emas bernama Pak Suhud yang dimarahinya itu untuk memohon maaf atas tindakannya yang tidak beradab.

Dengan permohonan maaf yang dilakukan, kini, Baim Wong dan Pak Suhud sudah berdamai dan hubungan mereka semakin baik

Menurut Liputan6, Baim sebenarnya memerlukan satu proses untuk mengaku dirinya salah dan membuat permohonan maaf. Setelah berfikir, Baim akhirnya sedar bahawa dia memang bersalah.
“Saya mesti ada dalam diri ini untuk beritahu bahawa saya salah. Tapi sewaktu itu, saya masih berfikir yang saya ni betul, dan tidak bersalah.”

“Tapi sebenarnya saya ada kekurangan, saya tidak mengetahui adab.”

Baim Wong sekarang ini sedar akan tindakannya yang salah. Ayah kepada dua orang anak ini sepatutnya lebih mengetahui cara layanan kepada orang tua, iaitu perlu ada rasa hormat dan rendah diri.

Advertisement

Dia itu orang tua, macam mana pun dia tetap orang tua, dan itu namanya menghina, ada dalilnya dan itu terbukti tidak boleh.”

“Kita mesti merendahkan diri kita, dan saya salah.”

Setelah bertemu dengan Pak Suhud, Baim sedar bahawa lelaki tua yang dimarahinya itu sebenarnya seorang yang sangat baik. Pak Suhud juga meminta maaf kepada pelakon popular Indonesia ini.

“Apabila salah, saya salah, saya mesti mengaku salah. Bertemu dengannya sangat menyenangkan dan orangnya sangat baik. Semasa memasuki rumah, ada juga keluarganya yang lain, semasa berjumpa dengannya, dia terus datang kepadaku dan meminta maaf.”

Kedua-duanya meminta maaf antara satu sama lain dan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Masalah mereka berdua sudah pun terlerai seperti tiada masalah yang berlaku.

Advertisement

Terdahulu susulan satu video yang tular berkenaan sikap tidak sopan Baim Wong terhadap seorang atuk tua yang bernama Pak Suhud. Disebabkan video tular tersebut bilangan pengikut atau ‘subscriber’ beliau di YouTube telah berkurangan secara mendadak sejak tiga hari yang lalu.

Walaupun sudah dijelaskan mengenai apa sebenarnya yang terjadi, masyarakat nampaknya masih marah dan tidak brsetuju dengan perbuatannya itu. Menurut satu portal, “Saluran YouTube Baim Paula turun satu anak tangga menduduki posisi keenam.”

YouTube Baim Paula adalah salah satu channel yang berada di top 5 YouTuber yang paling ramai pengikut di Indonesia. Namun ekoran kejadian beberapa hari lepas ramai pengikutnya telah ‘unsubscribe’ dan menyebabkan mereka terkeluar dari top 5.

Angka pengikut di YouTube mereka turun dalam masa beberapa hari sejak video Baim dan Atuk tersebut tular. Sebelum video tersebut tular, pengikut Baim Paula mencecah sehingga 19.7 juta. Pada 13/10/21 jumlah pengikut mereka menurun sebanyak 19.5 juta dan turun lagi kepada 19.4 juta sehingga kini.

Sumber: Liputan6

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 hour ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago