Jadi Penjamin Rakan Beli Traktor, Lelaki & Keluarga Terdesak Mahu Jual Mata, Buah Pinggang Demi Selamatkan Rumah & Ladang

BANGKOK – Seorang lelaki dan keluarganya di wilayah Ubon Ratchathani cuba menjual mata dan buah pinggang dalam usaha menyelamatkan rumah dan ladang mereka, lapor portal berita The Thaiger semalam.

Lelaki tersebut bersama isteri dan dua anak lelaki berjalan kaki dalam hujan dari rumah mereka menuju ke ibu negeri wilayah Ubon Ratchathani sejauh 100 kilometer. Mereka merancang untuk menemui Perdana Menteri, Prayuth Chan-O-Cha yang akan melakukan lawatan ke wilayah itu hari ini.

Keluarga itu meletakkan dua papan tanda mengiklankan mata, buah pinggang dan organ lain daripada empat anggotanya untuk dijual bagi mengumpul wang sebanyak 860,725 baht (RM107,635) yang diperlukan untuk menyelamatkan rumah dan ladang mereka.

Selepas tindakan tersebut gagal menarik pembeli, mereka mengambil papan tanda itu dan mula berjalan kaki ke ibu negeri wilayah Ubon Ratchathani. Sepanjang perjalanan mereka, keluarga berkenaan menerima sokongan orang ramai yang hadir untuk mendengar kisah mereka.

Advertisement

Kisah sedih itu bermula pada 2014 apabila lelaki berumur 48 tahun itu yang bekerja sebagai penyampai radio bersama kerajaan tempatan di Daerah Kemarat bersetuju menjadi penjamin untuk pembelian traktor oleh isteri sahabatnya sebanyak 860,000 baht (RM107,545).

Sahabatnya adalah seorang anggota polis di Balai Polis Na Tan dan dia mengenali lelaki itu sejak dari kecil.

Bagaimanapun, sahabatnya gagal membuat pembayaran selepas itu dan menjelang tahun 2016, keluarga tersebut menerima notis tuntutan oleh bank. Pada tahun lalu, Jabatan Pelaksanaan Undang-Undang memberi notis bahawa rumah dan tanah ladang mereka telah dirampas dan akan dilelong untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Bagaimanapun, lelongan itu gagal menarik pembeli manakala lelongan seterusnya akan dilakukan hari ini.

Keluarga itu yang terdesak menggunakan pelan untuk menjual organ bagi mengumpul wang untuk dibayar kepada pihak bank. Kini mereka berjalan sejauh 100 kilometer untuk menemui Prayuth dan cuba mendapatkan bantuannya. – Agensi

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago