Tular Rakaman Bayar Tol RFID Sepantas Kilat Lepasi Palang Tanpa Perlu Berhenti

Sistem pembayaran tol saban hari semakin canggih, bermula dengan pembayaran secara tunai sehinggalah penggunaan bayaran secara digital seperti Touch N’ Go, SmartTag, sistem RFID dan ERP yang telah memudahkan orang ramai setiap kali melalui jalan yang mempunyai tol.

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang berdurasi 21 saat menunjukkan sebuah van berwarna putih memecut laju melepasi tol dalam satu ujian Sistem RFID.

Menurut Kompas.com, rakaman ujian sistem tersebut dibuat di tol jalan Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya. Tol tersebut dikendalikan oleh syarikat PT Citra Marga Nusaphala Persada (PT CMNP). Anissa Indrayanti, wakil PT CMNP mengesahkan video yang tular baru-baru ini.

“Ya, video ujian ini dilakukan di tol jalan Waru-Juanda milik anak syarikat CMNP di Surabaya,” katanya.

Advertisement

Tambah Annisa lagi, video tersebut bukanlah video yang baru terjadi, tetapi telah dirakam semasa tahun 2017.

“Video ini dirakam pada tahun 2017. Pada masa itu kami menguji sistem RFID SLFF (Single Lane Free Flow). Sistem SLFF ini tidak jauh berbeza dengan Sistem Multi Lane Free Flow (MLFF), cuma yang membezakannya ialah penghadang yang ada pada tol untuk Sistem SLFF ini,” jelas Annisa.

Walaupun kita dapat lihat dengan jelas ujian Sistem RFID SLFF ini telah ‘berjaya’, tetapi sistem ini masih belum lagi digunapakai pada tol jalan Waru-Juanda. Terang Anissa, mereka cuma mahu membuat ujian sahaja ketika itu.

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

17 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago