Thursday, October 30, 2025

Pemilik klinik swasta antara 4 ditahan terbabit kes kad palsu vaksinasi

January 19, 2022
1 min read

KOTA BHARU: Polis menahan empat individu, termasuk seorang pemilik sebuah klinik swasta di daerah ini, bagi membantu siasatan kes disyaki membabitkan kad palsu vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata empat laporan diterima Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) antara Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu daripada sumber berbeza berhubung kes itu.

Bertindak atas satu laporan diterima polis, beliau berkata, serbuan dilakukan bersama kakitangan JKNK terhadap klinik swasta itu, kira-kira jam 11.20 pagi Ahad lalu.

“Kami menahan seorang pemilik klinik yang berusia dalam lingkungan 60-an, dan tiga individu lain melalui tangkapan berasingan.

Turut dirampas adalah kad vaksinasi serta lain-lain dokumen berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shafien berkata, klinik swasta terbabit dikata menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 dengan caj RM180 untuk setiap suntikan.

Beliau berkata, hasil semakan lanjut dijalankan JKNK, beberapa individu yang dikatakan menerima vaksin di klinik itu, didapati tiada rekod vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

“Kesemua mereka yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang ada sebarang maklumat berkaitan, diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: BH Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Vaksin kanak-kanak: “Anak saya umur enam tahun akan divaksin” – Khairy Jamaluddin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan mengenai pelaksanaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak

Tersalah Ambil Picagari Kosong Ketika Proses Vaksinasi Seorang Remaja

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Seorang petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil