Will Smith lempang Chris Rock ketika siaran langsung Oscars

Bintang Hollywood, Will Smith mengejutkan penonton ketika siaran langsung pentas Anugerah Akademi ke-94 apabila dia melempang pelakon dan pelawak popular, Chris Rock.

Memetik laporan Berita Harian, Rock yang menjadi penyampai sewaktu itu ‘bergurau’ dengan mengatakan penampilan isteri Smith seperti watak G.I Jane kerana berimej botak.

Dia yang mendengar perkara itu terus naik ke pentas dan melempang Rock. Kemudian, dia kembali ke tempat duduknya dan meminta agar nama isterinya tidak disebut lagi.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Pinkett terpaksa mencukur rambut dan tampil botak berikutan mengalami masalah keguguran rambut.

Advertisement

Sementara itu memetik laporan Agensi, Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.

Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).

Menyambung ucapan, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”

Pada pertengahan acara Oscar 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia), Smith mengejutkan seluruh dunia apabila dia ke pentas itu dan menampar selebriti Chris Rock secara tiba-tiba.

Advertisement

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.

@malaysianupdatenews Will Smith lempang Chris Rock ketika siaran langsung Oscars.😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #sembangentertainment ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

16 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago