JIPS diarah siasat pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok: Razarudin

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan namun meminta JIPS melakukan siasatan dalaman.

Beliau berkata tindakan pegawai polis wanita yang mengetuai operasi berkenaan membuat TikTok secara langsung adalah tidak wajar.

“Untuk apa dia (pegawai polis wanita) buat siaran langsung TikTok semasa operasi? Perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Sementara itu Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya sudah mengambil maklum dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.

“JIPS akan menyiasat dari segi prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Narkotik (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) semasa serbuan. Maksud saya adakah peraturan secara umum membenarkan (membuat siaran langsung TikTok).

“Siasatan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ini adalah aduan dan arahan pertama kali JIPS terima kerana ia lain daripada kesalahan sebelum ini seperti anggota menari ketika beruniform,“ katanya.

Berhubung arahan larangan penggunaan media sosial ketika bertugas, Azri berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut dan pihaknya akan meneliti semula bentuk arahan itu.

Media melaporkan pada Ogos 2020 PDRM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai kanan dan pegawai rendahnya memuat naik perkongsian peribadi semasa berpakaian seragam di platform media sosial.

Advertisement

Azri berkata pihaknya menerima banyak kecaman daripada netizen yang mengkritik tindakan pegawai polis wanita berkenaan yang disifatkan mencemarkan imej PDRM dan dibuat semata-mata atas tujuan publisiti.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan pegawai wanita berpakaian jaket seragam operasi PDRM berpangkat ASP menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.-Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

18 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago