“Saya Maafkan” – Besan kerap hubungi minta maaf, bapa mangsa kelar tak berdendam dengan suspek

Bapa kepada wanita yang disyaki telah dibunuh oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam berkata bahawa dia tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.

“Saya tidak akan berdendam dengan keluarga menantu kerana lebih mengenali menantu,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, beliau turut mendedahkan bahawa bapa kepada suspek telah berkali-kali memohon maaf kepadanya ke atas insiden kejam yang disyaki dilakukan suspek kerana dia mempercayai apa yang berlaku bukan dibawah kawalannya.

“Semalam jumpa minta maaf dan minta maaf lagi, saya maafkan saja, bukannya kita ini boleh menghakimi sesuatu benda tanpa kita tahu.

Advertisement

“Saya ada bertanya (kepada bapa suspek) jika ada masalah peribadi anak dia ni, dia kata memang tiada. Tapi saya mendapat tahu, sebelum ini dia kerja mencuci bangunan Stadium Nusajaya dan dia berhenti selepas mendapat projek cuci kapal di Desaru.

“Jadi kami yang berumur ini beranggapan mungkin, kawasan itu ‘keras’, itu mungkin apa yang berlaku pada dia yang dia buat pada anak saya ini bukan dia, ilusi dia berfikiran lebih jernih lagi bukan dialah mungkin gangguan,” katanya ketika ditemui Astro Awani.

Menurutnya lagi, suspek dan anaknya juga sepatutnya bersanding dalam satu majlis resepsi pada 24 Julai ini, selepas majlis nikah kakak mangsa sehari sebelum itu.

Malah, pasangan itu juga sudah mencuba baju pengantin yang akan dipakai untuk majlis berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata majlis nikah kakak mangsa akan diteruskan beserta majlis tahlil buat mangsa dan bayinya.

Advertisement

Terdahulu, suspek yang berusia 25 tahun dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki membunuh isteri dan anaknya di rumah mereka.

Menurut Astro Awani, suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan selepas perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari, yang membenarkan permohonan reman polis di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa.

Sumber: Astro Awani

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

19 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago