Gadis dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong

Seorang gadis berusia 19 tahun mendakwa dia telah dipukul oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 6.33 petang Ahad lalu, 18 September 2022, mangsa terdahulu berjumpa dengan ibu kandungnya pada Sabtu jam 11 malam di Parit Buntar, Perak.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka yang menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya.

Tambah mangsa lagi, lelaki itu sekali lagi menendangnya di hadapan pintu rumah. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh rakannya pulang ke rumah bapanya.

Advertisement

“Akibat dari kejadian itu, saya mengalami bengkak di bahagian pipi kiri, kepala, belakang badan serta kaki kanan dan kiri berasa sakit,” kata mangsa.

Mangsa pada keesokkan harinya pergi ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan, termasuk pengelihatan matanya terjejas akibat dari kejadian itu.

Gambar-gambar dan audio mangsa menjerit ketika dipukul bapa tirinya kini tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap bapa tiri mangsa.

@malaysianupdatenews Gadis dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong. #malaysianupdate #videoviral #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

9 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago