Disyaki Buat Bayaran Palsu Bernilai RM23 Juta, Dua Beradik Direman 3 Hari

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Dua beradik direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat kes membuat pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi projek pembinaan pangsapuri.

Majistret Mahkamah Putrajaya Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman bermula hari ini sehingga Jumaat, selepas kedua-dua lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua suspek adalah bekas pengarah urusan di sebuah syarikat pembangunan, kejuruteraan dan pembinaan.

“Suspek disyaki membuat pembayaran palsu kepada perunding, subkontraktor dan pihak-pihak ketiga dengan menggunakan kemudahan perbankan overdraf sebuah bank tempatan bernilai lebih RM23 juta.

Advertisement

“Mereka melakukan kegiatan berkenaan antara tahun 2017 hingga 2019 bagi projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur bernilai lebih RM350 juta sedangkan projek tersebut tidak dijalankan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago