Polis Selangor Tumpas Dua Sindiket Proses Dan Edar Dadah

SHAH ALAM, 21 Sept (Bernama) — Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah susulan penahanan lima lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM20.56 juta, hasil beberapa serbuan di sekitar Selangor pada 13 dan 15 Sept lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata bagi penahanan sindiket pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama JSJN Bukit Aman menjalankan operasi bermula 6.45 petang 13 Sept dan menahan dua lelaki di sekitar Ampang dan Puchong.

“Dipandu oleh kedua lelaki berkenaan, pihaknya pada 9.15 malam menyerbu sebuah kediaman di Sri Damansara serta menahan seorang lelaki dan menemukan 112 ketulan mampat disyaki heroin base dengan anggaran berat 43.48 kilogram (kg) dan 89,500 biji pil Eramin 5 dengan anggaran berat 27.2kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Bagi penahanan sindiket kedua, Arjunaidi berkata hasil kerjasama antara JSJN Selangor, JSJN Johor dan JSJN Negeri Sembilan, pihaknya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah di Damansara Perdana, Petaling Jaya serta menahan dua lelaki tempatan pada 6.10 petang, 15 Sept lepas.

Advertisement

“Menerusi pemeriksaan dalam rumah tersebut, polis menemukan bahan disyaki dadah iaitu 355 bungkusan heroin base dengan anggaran berat 134.19kg; 54 bungkusan methampetamine (59.04kg); 20 ketulan mampat daun kering ganja (20kg); 15,830 biji pil Eramin 5 (4.56kg); tujuh bungkusan pil ekstasi (3.19 kg) dan enam bungkusan kafein (6.12kg).

“Turut dirampas barang-barang bagi memproses dadah antaranya lapan balang kaca mengandungi cecair disyaki dadah dianggarkan seberat lapan liter, sebuah mesin memproses dadah dan corong besi,” katanya.

Secara keseluruhan, Arjunaidi berkata dianggarkan sekitar 299.33kg dadah bernilai RM20.56 juta dirampas daripada kedua-dua sindiket berkenaan selain turut menyita dua kereta, lima motosikal dan wang tunai berjumlah RM152,001.

Kesemua suspek berusia berusia 23 hingga 35 tahun kini direman tujuh hari, sehari selepas ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

— BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

9 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago