1,136 jururawat kontrak dilantik jawatan tetap – Khairy

Seramai 1,136 jururawat keluaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berstatus lantikan kontrak akan diperakukan ke pelantikan tetap dalam tempoh suku keempat tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata proses perakuan pelantikan tetap bagi 2,804 jururawat swasta yang sebelum ini dilantik secara kontrak dan berkhidmat di KKM khususnya ketika tempoh pandemik Covid-19 pula, akan dibuat secara berfasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Bagi Jururawat Gred U29 dan U32 yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, secara prinsipnya mereka boleh dipertimbangkan pelantikan ke Gred U41 atau kenaikan pangkat ke Gred U42,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 25th Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference 2022 di Johor Bahru hari ini.

Selain itu, beliau berkata dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan di klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) dan klinik desa yang cekap serta berkesan, KKM telah mengemukakan permohonan untuk memfleksikan jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 kepada jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19/Jururawat Gred U29.

Advertisement

Menurutnya pindaan itu dibuat bagi membolehkan 1,406 Jururawat Masyarakat Gred U19 yang lulus kursus Diploma Kejururawatan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ditawarkan pelantikan tetap dan kekal mengisi jawatan sedia ada sebagai Jururawat Gred U29.

Khairy berkata sehingga kini, sejumlah 2,775 perjawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 masih kosong dan permohonan untuk memfleksikan jawatan itu akan membolehkan ia diisi oleh lulusan jururawat dari Institut Latihan KKM mahupun swasta.

“Menerusi keputusan ini dan selari dengan peredaran masa serta keperluan fasiliti, jawatan jururawat masyarakat akan dijumudkan secara berperingkat.

“Jururawat masyarakat sedia ada juga akan ditawarkan kursus Diploma Kejururawatan PSL yang dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh setahun,” katanya.

Menurut beliau selepas isu doktor kontrak, sebahagian isu jururawat kini telah diselesaikan dan pada masa akan datang isu pembantu perubatan juga dalam perancangan untuk penyelesaian.

Advertisement

“Jadi kita akan terus berusaha untuk mempertingkatkan dan saya juga telah mohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan dalam bajet nanti supaya memberi skim yang lebih menarik kepada jururawat seperti yang diumumkan hari ini,” tambahnya.

– Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

13 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago