Kes Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran

Kepala seorang lelaki warga emas cedera selepas bertengkar dengan jirannya dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan hari ni, lapor Kosmo.

Kejadian itu menjadi tular selepas video pertengkaran tersebut dimuat naik oleh seorang wanita di Facebook miliknya pada hari ini. Wanita itu juga dikatakan merupakan jiran kepada lelaki terbabit.

Lelaki berusia 60-an itu kelihatan cedera di bahagian kepala dan terdapat kesan darah di badan dan kepala mangsa.

Berdasarkan video itu, pertengkaran dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati antara mereka kerana tindakan melonggokkan rumput dan sisa tanaman di hadapan rumahnya.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihak polis telah mengesan video tular berdurasi 29 saat itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial.

“Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa. Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara jiran yang mana suspek telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mohd. Redzuan juga berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih lagi diteruskan.

“Bagaimanapun difahamkan kedua-dua individu terbabit mahu menyelesaikan kes itu secara baik,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo

Advertisement
@malaysianupdatenews Kes Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran. #malaysianupdate #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #NewsAtTikTok ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

5 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

10 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago